SALAM & SELAMAT BERKENALAN

TUJUAN
Tujuan Blog ini adalah sekadar penceritaan kehidupan diri ini dalam konteks untuk memotivasikan diri, penambahbaikan pada masa hadapan, mengadaptasikan isu semasa dan mengenang kembali peristiwa-peristiwa pahit manis dalam liku-liku kehidupan selama 21 tahun di alam nyata ini.

Siapa Diri Ini?


Gua tengah duduk di kerusi mainan…baju biru abang sulung, baju putih sebelah kiri abang kedua…

ASAL USUL

Dilahirkan pada masa subuh hari isnin tanggal 14 Mei 1990 di Sabah Medical Centre, Teluk Likas Sabah. Nama diberi Mohd Azrul Bin Abu Bakar dan merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Nama Azrul diberi berdasarkan cantuman nama bapa(Abu Bakar) dan nama ibu(Zainab) dan juga berdasarkan buku penamaan nama(Arab). Membesar pada zaman kanak-kanak selama 9 tahun di Kompleks Perumahan Kastam kota kinabalu dan pada usia 10 tahun, berpindah ke Kampung Tobobon Menggatal. Pada tahun 2003 masihi, berpindah ke Taman Kuala Menggatal dan menetap di sini sehinggalah sekarang.

PENDIDIKAN
Mendapat pendidikan awal pada usia 5 tahun di Tadika Kemas Cawangan Kastam. Meneruskan pendidikan pada usia 7 tahun di Sekolah Kebangsaan Tobobon, Menggatal. Dalam usia peningkatan remaja, menerima surat tawaran meneruskan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tobobon, Menggatal tetapi dengan sebulat hati menolak tawaran tersebut kerana ingin melalui zaman persekolahan remaja yang lebih mencabar dan menarik di Sekolah Menengah Saint Peter Telipok. Setelah bersusah payah berurusan dengan keinginan yang kuat, syukur Alhamdulillah akhirnya diri ini diterima untuk meneruskan pendidikan di SM. ST. Peter Telipok. Setelah menamatkan PMR dengan keputusan yang tidak seberapa memuaskan, diri ini membuat keputusan untuk mengambil bidang Sastera(Perakaunan) berdasarkan dorongan keluarga, cikgu dan sumber internet.

Syukur Alhamdulillah dengan keizinanNya dan diiringi usaha beserta doa diri ini dan kedua ibu-bapa, SPM lulus ditamatkan dan menerima keputusan yang memuaskan. Setelah menghabiskan zaman persekolahan, mengambil lesen memandu kelas D selama sebulan dan lulus semuanya. Beberapa bulan selepas mendapat lesen memandu, dengan rasa syukur dan gembira menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej iaitu di Kolej Matrikulasi Labuan dalam bidang Perakaunan walaupun pada mulanya berniat untuk memasuki bidang perakaunan pada peringkat Diploma. Pelbagai macam yang telah dipelajari di KML selama setahun dan pada waktu itulah merasa diri ini pertama kali bersungguh-sungguh mencapai sesuatu kejayaan. Semua itu mugkin disebabkan pertama kali diri ini berpisah dengan keluarga melebihi masa sebulan. Ceeehhhwaahhh…
Pada pertengahan 2009 masihi, syukur kehadrat Illahi kerana mendapat keputusan peperiksaan KML yang memuaskan dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA di Universiti Malaysia Sabah dalam program Perakaunan. Bak kata pepatah, bagai bulan jatuh ke riba, diri ini juga tidak menduga mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk melanjutkan pengajian di UMS.

Di sini, diri ini ingin membawa kepada pembaca bahawa jikalau ada air, maka adalah ikan…:)