Pengguna kini boleh mendapatkan maklumat tentang harga barangan melalui portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB). Portal tersebut boleh dilayari di http://www.1pengguna.com. Antara harga barangan keperluan harian yang dipamerkan pada portal berkenaan ialah barangan keperluan dapur seperti ayam, ikan dan hasil laut, kicap, kunyit dan makanan kering.

Ia adalah saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan perbandingan harga semasa selain menjadi saluran untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif.

Ismail Sabri berkata, pengguna juga boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menerusi ruang yang disediakan di dalam portal berkenaan.

Gua sokong ni cara untuk kebaikan rakyat agar tidak ada pihak yang sesuka hati memutarbelit harga yang telah ditetapkan. Gua berharap agar semua premis perniagaan yang melibatkan barangan keperluan perlu didaftarkan dalam portal ini. Moga alternatif ini mendapat sambutan & berjaya mencapai objektifnya…