Gua pergi bundel/rapat2 di inanam..masa mo balik, gua dengan kawan2 lain di bawa untuk bermain 1 permainan judi dalam botol..fuhhh, gua tidak layan..sbb ‘no money’..hahahaa…klu ikut dr hati pun gua memang tidak mo main judi2 ni..mak bapa tidak ajar pun bgitu..sebagai peringatan bersama kawan2 & saudara/i sekalian, gua mo kongsi sedikit info:

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud:
“Perumpamaan orang yang bermain dadu (iaitu berjudi) lalu melakukan solat adalah seperti orang yang berwuduk dengan nanah dan darah babi lalu menunaikan solat,” (Riwayat al-Baihaqi no. 21481)

Menurut Ahmad dan Abu Ya’ia, “Maksud hadis ini adalah tidak diterima solat mereka. Mereka berangan-angan bahawa Allah akan menerima solat tersebut.”

Ternyata meleset sama sekali sangkaan mereka. Betapa hinanya orang yang berjudi sehinggakan Rasullulah mengumpamakannya sedemikian.