Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Kos upah membantu ibu

tolong pergi kedai : RM4
tolong jaga adik : RM4
tolong buang sampah : RM1
tolong kemas bilik : RM2
tolong siram bunga : RM3
tolong sapu sampah : RM3
JUMLAH : RM17

Selesai membaca si ibu tersenyum memandang si anak. si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
Kos airmata yang menitis keranamu : PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu: PERCUMA
JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU : PERCUMA

Airmata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata “Saya sayangkan ibu”. kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada muka surat yang ditulisnya.

Beringat-ingatlah, kasihnya ibu tidak boleh dibayar & tiada standing balasannya…