Di suatu petang yang hening…aku (Abang Nabil) duduk berehat di depan rumah sambil menghisap rokok, huhuuhu…Sementara itu anakku yang berusia 3 tahun sedang bermain di ruang tamu…Aku lihat dia tersenyum sorang2. Apalah yang dia fikirkan agaknya…Isteriku Mila ada di dapur memasak…Bahagiakan keluargaku ini…

Mila memang cukup rajin memasak. Anakku pula petah berkata-kata menghiburkan kami sekeluarga…Alahai…aku senyum sorang2 bangga memiliki ‘famili’ ini…Asyik melayan senyumanku itu, tiba2 anak aku datang, “Papa..mama minta cerai”…

Aku tersentap..mataku automatik berpinar..tapi rokok tetap ‘maintain’ di mulut…Tiba2 ja dia mo minta cerai??? Aku ni bukan insan yang lemah, cukup nafkah zahir & batin daku berikan pada Mila. Rumah ni pun aku beli pakai nama dia..aku beli ja tapi dia yang bayar..hehehee..lepas tu kereta kancil 660 tu sudah habis bayar pun khas untuk dia. Apa lagi yang kurang…Dengan panas baran kepala aku ni, aku ‘flykick’ dia di dapur tu…

“Mila, apa kurang ka kasih sayang abang? Apa abang ni tidak hensem lagi sampai awak mo minta tu!!! Tergamak awak buat camni!!”.
“Apa ni bang…susah sangat ka mo bagi?” balas Mila.
Apa lagi, tercabar kejantananku, “Mila, awak jangan uji saya”.
“Ba iya lah..kalau berani buat la”, Mila menjawab.
“Mila, ni sudah melampau”…kaki aku menggeletar, peluh menitik, hidungku kembang kempis, telingaku berdengung, jari jemariku sejuk..sanggupkah aku melafazkannya…Oh tidak!!! Mati hidup balik pun aku tidak sanggup…

“Buat la bang oiii..saya mo masak ni..pergilah ambik tu serai cepat…”
“Haaaahh, serai?..” Bertuah punya anak..tiiiiiiiiiiittttttt….

Hati2 dengan bahasa anak anda..jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…:)