Rabu yang lalu, setelah selesai menunaikan solat subuh, jemaah Masjid Lama Sungai Bakap terkejut apabila melihat kepala babi tergantung di gerai cendol yang terletak berhampiran masjid itu. Menurut khabar, gerai itu juga disimbah dengan cat merah & hitam dan sehari sebelum itu pemilik gerai berkenaan menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang meminta beliau berhati-hati.

Di sini, gua bukan mo sibuk dengan hal2 orang lain atau menjaga tepi kain orang..tp rasanya gua mo campur sedikit ni hal untuk renungan bersama..kepada yang melakukannya, jika ada kesilapan atau perlakuan salah yang dilakukan pemilik gerai, berjumpalah secara empat mata & selesaikannya secara ‘win win situation’ & kepada pemilik kedai, harap bersabar…

Kesimpulan dari gua, hindari perlakuan peras ugut & atasi masalah dengan cara yang baik & betul untuk kebaikan bersama..:)