Ghani, seorang budak yang berusia 9 tahun, mengorek lubang di laman rumahnya. En. Mustaffar, jiran sebelah rumah Ghani mengintai apa yang dibuat Ghani dari celah pagar. Hati En. Mustaffar tertanya-tanya apa yang dibuat oleh Ghani.

Dengan ramahnya En. Mustaffar menegur Ghani. “Buat apa tu Ghani?”. “Ikan emas saya mati. Saya sedang korek lubang untuk tanam ikan emas saya,” jawab Ghani tanpa memandang En. Mustaffar. Dengan kehairanan En. Mustaffar bertanya lagi, ”Bukankah lubang yang dikorek itu terlalu besar untuk seekor ikan emas?”.

Ghani meletakkan cangkul dan dengan selambanya berkata, “Sebenarnya ikan tu ada di dalam perut kucing pakcik”…