Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah berlaku secara kebetulan sahaja.

Di dalam sebuah kampung ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Seorang bernama Zahir, Dan dan Batin. Aktiviti seharian mereka menyebabkan tok imam tidak senang duduk. Pada suatu hari, tok imam datang dengan niat mahu mentarbiyah mereka. Maka berlakulah beberapa peristiwa cabar-mencabar.

Tok imam mencabar 3 orang pemuda itu ke surau pada waktu maghrib. Si Zahir pun berkata, ”Tok imam ingat kami ni jahil sangat ka? Nda pa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan. Maka apabila hampir masuk waktu maghrib pergilah mereka ke surau. Tok imam pun suruh si Zahir azan. Tanpa berlengah, Zahir terus ja azan.

“Allah Ta’ala…Allah Ta’ala…”. Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Zahir dan menyuruh tok bilal azan semula. Terserahlah kejahilan si Zahir. Selepas iqamat, masa hendak solat tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tidak khusyuk, angkat 2 kali pun tidak khusyuk..Masuk ja kali ke 3, Dan panggil tok imam. “Tok, tok solat di belakang, biar saya jadi imam”. Tok imam pun undurlah ke belakang. Dan pun mengangkat takbiratul ihram, “Allahu Akbar!”. Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Tiba-tiba si Dan ni pusing ke belakang dan berkata, “Aaa tengok! Sekali ja tok!!”. Lalu batallah solat Dan. Yang lain2 pun ikut terhenti sambil ketawa terbahak-bahak. Tok imam pun minta si Batin jadi imam. Si Batin pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbiratul ihram sampai la habis solat. Siap dengan wirid sekali. Punyalah kagum tok imam dengan si Batin. Lepas solat, tok imam pun memuji si Batin ni..dengan bongkaknya si Batin berkata, “He hee..itu belum ambil wuduk lagi. Kalau tidak, lagi dahsyat aku solat. He heee…”. Tok imam pun terkedu dan terpana…..