Tentukan prioriti masa anda dengan Petua ABC yang banyak disebut oleh pakar2 pengurusan yang dianggap sebagai “datuk” kepada strategi menentukan prioriti. Kategorikan tugasan2 anda kepada 3 jenis; A,B & C.

Tugasan A– Mesti dibuat secepat mungkin
Selepas selesai pelaksanaanya, ia dapat memberikan keuntungan tetapi jika ditinggalkan, ia boleh membawa kesusahan atau kerugian.

Tugasan B– Patut dilakukan tapi bukan dengan kadar segera
Tidak sepenting tugasan A & boleh ditangguh tetapi tidak terlalu lama. Tugasan B juga boleh menjadi tugasan A dalam beberapa waktu kemudian.

Tugasan C– Boleh diketepikan sementara
Boleh bertolak ansur dengan kesan & akibat jika meninggalkannya. Tugasan C boleh menjadi tugasan B & A jika tarikh akhir semakin hampir.

Gua berpendapat, jangan biarkan masa menguasai diri kita, biarlah kita yang menguasai masa dalam kehidupan seharian kita…