Di sebuah ladang yang indah permai, kelihatan seekor tikus mengintip di sebalik tembok sambil memerhati tuan ladang dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya? Dia amat terkejut, rupa²nya bungkusan itu berisi perangkap tikus. Lalu dia lari ke ladang sambil menjerit memberi peringatan; “Awas!!!! ada perangkap tikus di dalam rumah. Awas!!! Ada perangkap tikus di dalam rumah!”

Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil mengais tanah, mengangkat kepalanya dan berkata, “Ya maafkan aku, wahai Sang Tikus, aku tahu ini memang masalah besar bagi kau, tapi bagi aku ianya bukan masalah. Pergi kau dari sini… jgn buat aku pening kepala!!!.”

Tikus hampa dan menuju pula ke arah sang kambing lalu mengatakan perkara yang sama, “Ada perangkap tikus di dalam rumah! Ada perangkap tikus di dalam rumah!” “Wah, dasatnya khabar yang kau bawak nie,” Sang kambing memerli sang tikus “tetapi tak ada satu pun yang mampu aku lakukan… itu bukan masalah aku”. Tambahnya lagi.

Tikus kemudian menuju ke arah sang lembu. ” Oh! perangkap tikus?, jadi aku dalam bahaya besar ya?” kata lembu itu sambil ketawa.

Jadi tikus itu kembalilah ke rumah,kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian.

Malam itu juga terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya. Isteri peladang berlari melihat apa yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tidak nampak bahawa yang terjerat itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri peladang itu. Peladang itu bergegas membawa isterinya ke hospital.

Setelah pulang dari mendapatkan rawatan untuk isterinya, peladang itu telah mengalami demam panas. Mungkin akibat teramat risau dengan kejadian yg menimpa isterinya. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi peladang itu pun mengambil pisaunya dan pergilah dia ke belakang menyembelih ayam dan mencari bahan² untuk supnya itu.

Penyakit isterinya berlarutan sehingga kawan² dan jiran tetangganya ramai yg datang menjenguk, setiap masa ada saja yang datang melawatnya. Peladang itu pun menyembelih kambingnya untuk memberi makan para pengunjung itu.

Isteri peladang itu tidak juga menampakkan tanda² akan sembuh. Dia meninggal dunia, maka semakin ramai datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksalah menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang² itu. Segala haiwan ternakan di ladang itu habis disembelih oleh peladang. tinggallah sang tikus sendirian.

Moral kisah ini:

Apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tiada kaitan dengan anda, ingatlah bahawa masalah itu mungkin akan menjadi masalah kita sekiranya tidak ditangani dengan betul. Kita haruslah bersama² menyelesaikan segala masalah yg timbul sebelum ianya merosakkan keseluruhan komuniti kita ini….

Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari kebaikan..:)